Daripada perbualan dengan otai-otai serama, dikatakan pasir laut amat baik diberi kepada ayam-ayam serama. Ianya bertujuan untuk mereka melepaskan tension setelah terkurung di dalam reban. Seronok juga tengok gelagat mereka bermandi pasir. Macam kita la, sehari tak mandi, haa camana rasanya.
Bagi induk pula, ianya amat baik kerana pasir halus mengandungi kulit siput halus yang baik untuk pembentukan telur. Ada juga seekor induk kat reban yang bertelur lembik, setelah diberi main pasir laut, telurnya sudah semakin keras.
Kesimpulan, ilmu-ilmu dari otai serama harus ditimba untuk kesihatan serama kita.
serama embun
Monday, October 11, 2010
kategori serama.
1. AYAM SERAMA BIASA / BHARA / SERAPAN :
Terbahagi pula kepada 2 bahagian -
1.a SERAMA KAPAL SELAM - Jenis ini adalah jenis yang paling teruk sekali, ianya tidak berupaya langsung untuk beraksi dan bila kita lihat ianya berjalan, keadaan badannya seolah olah seperti sebuah KAPAL SELAM .... merayap ajer !!!! Kalau dimasukkan kekategori AYAM KAPAN pun tidak boleh sebab bagi AYAM KAPAN pun ada kategorinya tersendiri. Saya tidak menggalakkan kepada peminat peminat baru untuk membeli serama dari jenis ini kerana bentuknya yang tidak menarik langsung untuk dijadikan haiwan kesayangan (PETS) ataupun untuk dijual bakanya nanti. Jenis ini sebenar adalah hasil dari kacukkan tanpa kawalan samada kacukkan SERAMA BIASA ini sendiri dengan AYAM KAPAN, KATIK ataupun AYAM HUTAN dan lebih teruk lagi kalau dengan AYAM KAMPUNG.
1.b SERAMA SEMI SUPER - Jenis ini adalah jenis yang paling banyak sekali dimiliki oleh peminat peminat ayam serama terutama di Lembah Klang. Kebanyakkan rumah rumah di Lembah Klang yang mempunyai AYAM SERAMA telah saya lawati memiliki serama dari jenis ini. Dan serama jenis inilah yang paling banyak sekali mewarni setiap pertandingan serama terutama disebelah pantai barat ini. Jenis ini mempunyai bentuk badan / aksi yang agak menarik dan bagi orang yang tidak pernah melihat aksi / gaya serama tulin bergaya, sudah pasti mereka akan mengatakan ayam tersebut adalah AYAM SERAMA sebenar. Kena pulak dengan berat badannya kurang 360 gram maka teruslah dikenali dengan panggilan SERAMA "A" ...!!! Dari jenis ini jugalah kebanyakkan peminat peminat serama melatihnya untuk mendada, samada dengan cara memasukkannya didalam KOTAK I.S.A ataupun dengan cara melatih dari kecil lagi (** cara ini agak Brutal sikit !!). Memang diakui kebanyakkan dari jenis ini mempunyai warna yang amat menarik dan kebanyakkannya menyerupai SERAMA TULIN tetapi keupayaannya beraksi adalah terbatas. Bagi peminat peminat serama yang baru, saya galakkan mereka mencuba belajar membela serama dari jenis ini. Dengan harga yang berpatutan (**sepatutnyalah!!), bolehlah dipraktikkan segala ilmu serama itu pada serama jenis ini. Kalau berlaku sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan kematian (** minta minta tidak lah !!) tidaklah terasa ralat sangat, sebab kalau dari jenis SERAMA TULIN tu dengan harganya yang boleh mencecah menyamai harga sebiji Proton ... kalaulah dibuatnya mati, mau meraung dibuatnya...hehehe !! Bila sudah cukup ilmu didada, barulah cuba berubah kejenis serama yang lebih canggih dan mahal.
Buat pengetahuan peminat peminat serama semua, kedua - dua jenis serama ini mempunyai kaitan darah / baka yang amat dekat dengan AYAM KAPAN atau KATIK mahupun AYAM HUTAN. Contohnya : - Pada awal kacukkan adalah antara AYAM SERAMA TULIN dengan AYAM KAPAN misalnya !! Anak yang dihasil akan dikawinkan sekali lagi dengan AYAM KAPAN dan begitulah seterusnya dan ianya berlaku berulang kali dengan cara berpatah balik kebelakang. Kedua - dua jenis ini juga mempunyai nafsu makan yang amat tinggi, kalau diletakkan semangkuk penuh dedak ... jenis ini akan makan tanpa henti sehinggalah mangkuk itu kosong.
2. AYAM SERAMA SUPER :
Terbahagi juga kepada 2 bahagian -
2.a SERAMA SUPER TIDAK TULIN - Jenis ini mewarisi hampir 80 % ke 90 % sifat - sifat AYAM SERAMA sebenar. Keupayaannya beraksi dengan galak sekali tidak boleh dinafikan sama sekali. Banyak juga saya dapati pertandingan pertandingan yang diadakan telah dimenangi oleh serama jenis ini tetapi sekiranya pada hari pertandingan itu turut disertai oleh AYAM SERAMA sebenar, pasti kita akan dapat membezakan kekurangannya. Bagi peminat yang tidak berapa faham ataupun kurang menitik beratkan susurgalur darah sesekor SERAMA itu, jenis ini pun sudah amat hebat sekali. SERAMA SUPER TIDAK TULIN ini ujud adalah samada hasil dari kacukkan antara jantan dan induk diantara AYAM SERAMA TULIN dengan SERAMA SEMI SUPER. Selalunya kita tidak dapat mempastikan dengan tepat akan keturunan sebenar ayam dari jenis ini ... kebanyakkannya adalah main agakkan situan punya sahaja. Tetapi kalau tuan punya sanggup melaku proses baikpulih semula, dalam masa 5 - 6 tahun ... baka asalnya akan timbul semula !! Bagi jenis ini harga seekor anak boleh tahan juga mahalnya dan kadang - kadang boleh mencecah ribuan ringgit.
2.b SERAMA SUPER TULIN - jenis inilah yang sebenar - benarnya yang dinamakan AYAM SERAMA. Sikap, aksi, warna dan bentuk badan jenis inilah yang dinamakan SERAMA. Kalau dilihat akan aksinya kadang - kadang sampai kita sendiri tidak percaya dimana ianya seolah olah suka dipertontonkan oleh orang ramai. Lagi kita pandang, lagi ianya akan bergaya dengan bergoyang goyang menarik kepalanya kebelakang, sambil menarik narik dadanya kedepan dan kadang kadang tu siap berpusing pusing lagi. Sesetengah baka tu pulak siap dengan mengangkat kaki sebelah ketika beraksi. Sewaktu berada didalam keadaan biasa saja pun, ayam ini sentiasa berjalan secara mendada dan bulu tengkoknya akan mencecah ekornya. Harga ??? harganya amat tinggi sekali ... bagi serama muda saja boleh mencecah belasan kepuluhan ribu ringgit !!! Tuan - tuan punya serama jenis ini akan melakukan 'special selection' terlebih dahulu bagi memilih anak - anak yang terbaik dan selebihnya barulah dijual. Bagi yang telah dipilih itu biasanya ianya tidak akan dijual sama sekali melainkan yang datang membeli itu orang yang betul betul rapat dengan situan punya serama. Bagi tuan punya serama jenis ini amat berhati hati didalam proses pembiakannya, mereka akan pastikan bahawa kedua dua serama itu dari darah yang sama tetapi bukannya dari pertalian darah adik beradik. Bagi peminat serama yang mempunyai duit yang berlebihan (banyak) .. mereka akan cuba mendapatkan baka jenis ini dari lapisan / keturunan keempat keatas. Ini adalah kerana bila sampai kelapisan keempat keatas ... baka yang dihasilkan adalah amat hebat sekali aksinya. Pembiakan SERAMA SUPER TULIN ini dilakukan dengan beberapa cara seperti :
1. Pembiakan Dari BAKA YG SAMA - Contoh: JANTAN / INDUK baka Darah Hijau Mat Awang. Insyaallah anak yang dihasil selalunya akan menjurus kepada bentuk dan tingkah laku bapak & induknya. Selalunya cara ini dilakukan terutama jika aksi dan bentuk tubuh si bapak memang telah terpuji.
2. Pembiakan Dari BAKA YG BERLAINAN - Contoh : JANTAN baka Darah Hijau Mat Awang - INDUK baka Hussin 2000. Cara pembiakan ini dilakukan bagi mendapatkan bentuk dan aksi terbaru. Baka Darah Hijau mempunyai keistemewaan berdiri sambil mengangkat kaki sebelah sementara itu pula baka Hussin 2000 pulak mempunyai bentuk dada yg besar, jadi kalau digabungkan kedua dua baka ini maka diharap hasil yang keluar mempunyai ciri ciri kedua dua baka tersebut. Dalam erti kata lain, bagi webmaster, baka seseekor AYAM SERAMA itu amat penting sekali.
Jadi kalau kitakan SERAMA "A" "B" atau "Z" sekalipun, itu adalah hanya definasi - definasi yang digunakan semasa pertandingan. Ini dilakukan hanya untuk membezakan berat badan sesekor ayam serama tersebut tetapi bukannya untuk membezakan keupayaan, bentuk badan maupun gaya / aksi ayam itu sendiri. Webmaster harap, peminat peminat serama terutama yang baru menceburi bidang ini akan mendapat sedikit gambaran sebenar tentang kategori kategori AYAM SERAMA itu sendiri. Bagi mendapatkan keterangan lanjut bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dari orang yang benar - benar pakar didalam bidang ayam serama ini.
tips menghasilkan serama gegar.
.
Tips pertama yang ingin dikongsikan ialah pilih baka serama yang memiliki darah serama dari juara2 silam yang mempunyai darah gaya yang hebat. Ini adalah kerana ayam yang ber'gaya' di meja ia adalah sesuatu yang terhasil dari maklumat genetik baka asal keturunannya bukan sesuatu yang boleh dilatih atau dibuat2. Justeru itu dalam memulakan penternakan serama darah baka asal harus menjadi 'priority' dalam pemilihan baka serama yang diingini.
Darah serama silam tersebut sebaik2nya adalah darah original yang belum bercampur dengan darah serama luar yang tidak diketahui asal usul keturunannya secara jelas. Justeru itu 'sanad' keturunan asal baka yang dipilih harus dikenalpasti untuk memastikan baka original darahnya yang menjadi pilihan kita. Ramai kawan2 penternak sering bertanyakan saya bagaimana jika kita telah memiliki beberapa ekor serama atau satu reban serama yang tidak tahu asal usul keturunannya secara jelas. Adakah perlu 'direject' semuanya dan mulakan penternakan baru ? . Maka jawapan mudahnya adalah ya dan jawapan sedarhananya ialah boleh cuba try masukkan darah terpilih dengan baka asal reban kita namun jika hasilnya atau jawabannya terus gagal, maka pilihan pertama harus dipakai. Harus diingat untuk melihat kelahiran satu generasi serama sekurang2nya kita perlu menunggu sehingga 6-8 bulan barulah jelas kejayaan usaha penternakan kita samada berjaya atau gagal.
Ukuran kejayaan penternakan pada pandangan saya harus dinilai dari sudut berapa ekor nisbah ayam yang lahir boleh dibuat bertanding atau tidak. Seringkali peminat terkeliru dengan istilah ukuran kejayaan penternakan iaitu apabila seekor ayam dari seorang penternak muncul johan dalam satu2 pertandingan walhal apabila diselidiki sebenarnya ayam tersebut lahir hanya seekor dari rebannya sedangkan puluhan ekor lagi tidak menjadi. Kelahiran seekor ayam johan itu sebenarnya adalah secara 'terpencil' bukan hasil dari kejayaan penternakan.
Tips pertama yang ingin dikongsikan ialah pilih baka serama yang memiliki darah serama dari juara2 silam yang mempunyai darah gaya yang hebat. Ini adalah kerana ayam yang ber'gaya' di meja ia adalah sesuatu yang terhasil dari maklumat genetik baka asal keturunannya bukan sesuatu yang boleh dilatih atau dibuat2. Justeru itu dalam memulakan penternakan serama darah baka asal harus menjadi 'priority' dalam pemilihan baka serama yang diingini.
Darah serama silam tersebut sebaik2nya adalah darah original yang belum bercampur dengan darah serama luar yang tidak diketahui asal usul keturunannya secara jelas. Justeru itu 'sanad' keturunan asal baka yang dipilih harus dikenalpasti untuk memastikan baka original darahnya yang menjadi pilihan kita. Ramai kawan2 penternak sering bertanyakan saya bagaimana jika kita telah memiliki beberapa ekor serama atau satu reban serama yang tidak tahu asal usul keturunannya secara jelas. Adakah perlu 'direject' semuanya dan mulakan penternakan baru ? . Maka jawapan mudahnya adalah ya dan jawapan sedarhananya ialah boleh cuba try masukkan darah terpilih dengan baka asal reban kita namun jika hasilnya atau jawabannya terus gagal, maka pilihan pertama harus dipakai. Harus diingat untuk melihat kelahiran satu generasi serama sekurang2nya kita perlu menunggu sehingga 6-8 bulan barulah jelas kejayaan usaha penternakan kita samada berjaya atau gagal.
Ukuran kejayaan penternakan pada pandangan saya harus dinilai dari sudut berapa ekor nisbah ayam yang lahir boleh dibuat bertanding atau tidak. Seringkali peminat terkeliru dengan istilah ukuran kejayaan penternakan iaitu apabila seekor ayam dari seorang penternak muncul johan dalam satu2 pertandingan walhal apabila diselidiki sebenarnya ayam tersebut lahir hanya seekor dari rebannya sedangkan puluhan ekor lagi tidak menjadi. Kelahiran seekor ayam johan itu sebenarnya adalah secara 'terpencil' bukan hasil dari kejayaan penternakan.
Namun persoalannya kini tidak ramai penternak mengetahui dengan jelas soal darah original baka juara serama silam melainkan merujuk kepada individu yang mengkaji dan mengetahui sejarahnya dengan jelas. Malah satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh penternak serama kini ialah menternak serama dengan membeli terus melalui 'orang tengah' atau pemborong serama yang pasti tidak menceritakan secara tepat atau jelas asal usul keturunan serama yang ditawarkannya atas alasan ianya tidak penting atau strategi bisnes...
Contohnya sering ditanya apakah ciri2 ayam serama silam yang hebat dalam lipatan sejarah seperti Baka Pak 2000, Baka Raja Gegar, Baka Limbat dan sebagainya... apakah ciri2 untuk mengenalpasti fizikal darahnya dan apakah ciri2 induk yang sesuai untuk baka2 yang disebut ini. Semuanya memerlukan maklumat dari individu yang berpengetahuan jelas terhadapnya malah kalau boleh individu yang pernah melihat dengan 'mata kepalanya' sendiri serta merasai aura kehebatan serama tersebut dalam sejarah...
Contohnya sering ditanya apakah ciri2 ayam serama silam yang hebat dalam lipatan sejarah seperti Baka Pak 2000, Baka Raja Gegar, Baka Limbat dan sebagainya... apakah ciri2 untuk mengenalpasti fizikal darahnya dan apakah ciri2 induk yang sesuai untuk baka2 yang disebut ini. Semuanya memerlukan maklumat dari individu yang berpengetahuan jelas terhadapnya malah kalau boleh individu yang pernah melihat dengan 'mata kepalanya' sendiri serta merasai aura kehebatan serama tersebut dalam sejarah...
Penulis turut berkongsi kesedihan bila mana menyaksikan ramai di kalangan peminat serama yang begitu bersemangat dan teruja dalam memulakan penternakan akhirnya kecewa lantaran hasil yang diingini dari pelaburan besar yang dibuatnya ternyata tidak berbaloi. Induk dan bapak dibeli dari baka yang cantik atau dikatakan 'terpilih' dengan harga yang pasti tidak rendah namun masih gagal menghasilkan generasi anak serama yang setanding dengan kehebatan induk dan bapaknya. Akhirnya dunia serama kehilangan seorang lagi peminat serama tegar yang pasti merugikan alam serama buat sekian kalinya jua....
Sunday, October 10, 2010
sejarah ayam serama
Nama serama dikatakan berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.Dipercayai berasal dari Kelantan. Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan. Satu masa dulu, ayam serama menjadi kegilaan terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Ayam serama adalah unik kerana saiznya yang kecil. Secara amnya, lagi kecil saiznya, lagi bagus. Selain itu, ciri-ciri fizikal lain bulu, taji, balung, paruh dan lain-lain juga akan menentukan kelas ayam itu. Dikatakan ayam-ayam serama terpilih yang sering memenangi pertandingan boleh mencapai harga puluhan ribu ringgit, bergantung kepada tawaran yang ditawarkan pembeli yang mampu dan sanggup!
Ayam serama disifatkan sebagai Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia. Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun.Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa. Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah. Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya. Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang. Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi 'kegilaan' ramai. Namun tidak ramai di kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan Ayam Katik (Japanes Bertam) + Ayam Hutan (Besut) + Ayam Kapan Bangkok.Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain
tips penjagaan serama
Penjagaan ayam serama adalah merangkumi kesemua faktor yang berkaitan dengan kesihatan dan pengurusan seseekor ayam itu bagi mempastikan ayam itu sentiasa berada didalam keadaan yang baik, sihat & bebas dari segala penyakit.
Terdapat 4 faktor penting dalam penjagaan ayam serama iaitu :
1. Pencegahan penyakit melalui program vaksinasi.
2. Pemberian ubat cacing yang seragam.
3. Program pemakanan yang seimbang.
4. Pengurusan harian.
Pencegahan Penyakit ( Vaksinasi ).
Terdapat 2 jenis penyakit yang paling endemik dan biasa menyerang ayam serama iaitu Penyakit Sampar ( New Castle Disease) dan Penyakit Puru ( FowlPox ). Penyakit - penyakit ini dapat dielakkan dangan pemberian vaksin kepada ayam diperingkat anak lagi.
- Penyakit Sampar ( New Castle Disease )
Pemberian vaksin ini biasanya adalah secra ubat titisan mata atau titisan pada lubang
hidung (1 - 2 titisan ).
Biasanya ia dilakukan pada umur 1 - 7 hari dan diulangi semula pada umur 21 hari dan
kemuadiannya di teruskan sepanjang hayat ayam serama tersebut.
- Penyakit Puru Ayam ( Fowl Pox )
Pemberian vaksin adalah secara ( 'wing-web' ) iaitu vaksin dicucuk menggunakan jarum khas
bermata dua yang dicucukkan dibahagian yang tidak bersalur darah dibahagian penjuru
kepak.
Biasanya ianya dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada umur anak ayam seminggu dan
keatas dan kemuadiannya diulangi sekali lagi pada 5 - 7 minggu kemuadiannya.
Pemberian Ubat Cacing.
Pemberian ubat cacing yang seragam mengikut waktu yang telah ditetapkan adalah penting bagi memastikan ayam serama kita itu bebas dari serangan cacing. Cacing bukan sahaja merosakkan organ dalaman ayam malah ia akan membantutkan tumbersaran anak ayam, mendatangkan stress dan ini akan mendorong kepada terdedah pada penyakit lain.
Antara jenis - jenis cacing yang biasa terdapat pada ayam serama adalah cacing gelang (Ascaridia galli), cacing pita (Raillietina sp.), cacing didalam sekum (Heterakis gallinae), cacing didalam mata (Oxyspirura mansoni) dan cacing dibahagian tekak (Syngamus trachea).
Cara yang terbaik bagi mengawal masalah cacing adalah juga termasuk kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal ayam serama, mengawal hos kedua bagi cacing tersebut seperti kumbang, belalang dan juga cacing tanah.
Masalah yang berkaitan dengan cacingdapat diatasi dengan membina sangkar tinggi daripada tanah kerana dengan cara ini kita dapat menghalang ayam serama daripada najis yang telah tercemar dan penggunaan racun serangga bagi mengawal hos kedua itu tadi.
Antara jenis ubat cacing yang biasa digunakan adalah Piperazine (cacing gelang dan cacing sekum), Tetramisole (cacing gelang) dan Pyrantel tartrate (cacing gelang).
Pemberian ubat cacing adalah secara oral iaitu terus atau semada dicampurkan dengan makanan atau air minuman. Selok eloknya ubat cacing ini diberi sebulan sekali pada peringkat awal dan dikurungkan kepada 3 bulan sekali pada peringkat matang.
Pemakanan yang Seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah bermaksud pemakanan yang lengkap dan mengandungi nutrien penting seperti protien, karbihidrat, fiber, vitamin dan mineral pada kadar yang sepatutnya dan air bersih yang secukupnya.
Makan yang berprotien tinggi adalah diperlukan bagi peringkat anak ayam antara 1-3 bulan bagi mempastikan tumbesaran yang baik.
Kalsium diperlukan terutama untuk ibu ayam yang bertelur dan juga untuk tulang yang kuat.
Ada juga pemilik ayam serama gemar memberi makanan tambahan seperti ulat burung kepada ayam mereka. Ulat adalah salah satu sumber protien tetapi tidak boleh diberi secara berlebihan, dimana bagi anak ayam cukuplah sekadar 2 ekor manakala ayam dewasa sebanyak 5 ekor sehari.
Ayam serama dibanggakan dengan kesenian dan kecantikkannya, jadi sesetengah pemilik ayam serama memberi minyak ikan (pil) untuk mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat.
Pengurusan Harian.
Pengurusan harian yang dimaksudkan disini adalah cara pemilik ayam serama itu menguruskan ayamnya dari segi kebersihan persekitaran ayam dan juga ayam itu sendiri.
Pengurusan yang baik ialah dengan adanya sistem sangkar yang tersusun, sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dapat memisahkan ayam dari najisnya.
Bekas makanan dan minuman hendaklah selalu dibersihkan supaya bebas dari kulat.
Ayam juga hendaklah selalu dibelai dan dibersihkan. Mandikan ayam serama seminggu sekali dan gunakan syampu yang sesuai
Wednesday, September 29, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)