Sunday, October 10, 2010

sejarah ayam serama

Nama serama dikatakan berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.Dipercayai berasal dari Kelantan. Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan. Satu masa dulu, ayam serama menjadi kegilaan terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Ayam serama adalah unik kerana saiznya yang kecil. Secara amnya, lagi kecil saiznya, lagi bagus. Selain itu, ciri-ciri fizikal lain bulu, taji, balung, paruh dan lain-lain juga akan menentukan kelas ayam itu. Dikatakan ayam-ayam serama terpilih yang sering memenangi pertandingan boleh mencapai harga puluhan ribu ringgit, bergantung kepada tawaran yang ditawarkan pembeli yang mampu dan sanggup!
Ayam serama disifatkan sebagai Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia. Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun.Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa. Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah. Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya. Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.                               Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi 'kegilaan' ramai. Namun tidak ramai di kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan Ayam Katik (Japanes Bertam) + Ayam Hutan (Besut) + Ayam Kapan Bangkok.Keistimewaan Ayam Katik (Japanes Bertam) ialah terletak pada saiznya yang kecil namun masalahnya ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan. Manakala Ayam Hutan (Besut) istemewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik. Manakala Ayam Kapan Bangkok pula keistemewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain

1 comment:

  1. nitip link kontes gan..........

    RANTAIQQ.COM AGEN BANDARQ DAN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA .
    http://mcozfuerte.blogspot.co.id/2016/08/rantaiqqcom-agen-bandarq-dan-judi.html

    ASIANPOKER88 AGEN JUDI DOMINO99 | DOMINOQQ | BANDARQ ONLINE TERPERCAYA.
    http://mcozfuerte.blogspot.co.id/2016/09/asianpoker88-agen-judi-domino99.html

    ReplyDelete